Maklumat Tentang Harga Tayar 18 inch
Harga 18 inch tayar bermula dari RM450 apabila memilih jenama tayar seperti Continental, Toyo, Giti atau Falkan. Oleh itu, harga 18 inch tayar di Malaysia berada di paras yang munasabah. Disebabkan hal demikian, pemilik kereta yang mengguna tayar 18 inch boleh mengurangkan kos menjaga kereta.
Selain itu, pemilik kereta yang berharap menaik taraf rim dan tayar kereta boleh memilih tayar 18 inch. Hal ini kerana tayar 18 inch mempunyai banyak pilihan dan sesetengah tayar 18 inch mempunyai harga yang berpatutan.
Rim Aftermarket Dan Tayar Saiz Besar
Di Malaysia, sesetengah pemilik kereta akan menaiki taraf dan mengguna rim yang berdiameter 18 inch. Hal ini kerana rim 18 inch boleh membuat luaran kereta menjadi lebih cantik dan sporty. Selain itu, rim yang berdiameter 18 inch boleh membantu kereta menjadi lebih stabil apabila masuk dan keluar corner.
Sebagai maklumat rujukan, kilang-kilang dan pembekal rim 18 inch yang cantik dan ringgan ada seperti bawah:
Enkei merupakan jenama rim Jepun yang popular dengan rim yang sesuai digunakan oleh kereta JDM. Manakala BBS dan OZ Racing merupakan kilang rim dari Italay. Ketiga-tiga kilang rim itu mempunyai pengalaman membuat rim untuk motorsport. Oleh itu, kilang-kilang rim itu mempunyai teknologi untuk membuat rim yang ringgan dan bermutu tinggi dan sangat cantik.
Apabila kereta mempunyai rim 18 inch dari Enkei, BBS ataupun OZ, kereta itu akan mengguna tayar 18 inch. Oleh itu, pemilik kereta boleh merujuk spesifikasi rim untuk memilih tayar yang sesuai. Tambah lagi, pemilik kereta akan memilih tayar yang ada harga tayar 18 inch yang lebih berpatutan.
Tayar Untuk Camry, Accord Dan Civic
Toyota Camry, Honda Accord and sesetengah model Civic telah mengguna tayar 18 inch. Hal ini kerana Camry dan Accord merupakan kereta D-segment yang mempunyai badan yang lebih lebar dan besar. Oleh itu, Camry dan Accord memerlukan tayar 18 inch untuk beroperasi dengan stabil di atas jalan raya.
Tambahan lagi, sesetengah Civic, Camry dan Accord mempunyai enjin yang berkuasa lebih tinggi. Oleh itu, Camry, Accrod dan Civic akan guna tayar 18 inch untuk memastikan roda tidak tergelincir apabila kereta hendak menambah kelajuan.
SUV Dan MPV Yang Guna Tayar 18 inch
Selain kereta D-segment, kereta SUV dan MPV juga sesuai menggunakan tayar 18 inch. Oleh itu, sesetengah MPV seperti Estima, Velfire dan SUV seperti CX5, Tucson akan guna tayar 18 inch. Hal ini kerana MPV dan SUV mempunyai badan yang besar, tinggi dan berat. Oleh itu, MPV dan SUV akan mengguna tayar 18 inch untuk menampung keberatan dan mengurangkan roll kereta. Dengan ini, MPV dan SUV akan menjadi lebih selesa. Tambahan lagi, pemandu SUV dan MPV akan mempunyai lebih banyak keyakinan apabila masuk dan keluar corner.
Senarai Rujukan Untuk Harga Tayar 18 Inch
- 215/50R18 TOYO CR1: RM480-560
- 225/45R18 TOYO TR1: RM470-550
- 235/50R18 UC6 Continental: RM520-550
- 235/60R18 UC6 Continental: RM540-RM565
** Sila menghubungi kedai tayar untuk harga tayar 18 inch model lain.