Harga Tayar Estima Dari Continental Michelin Toyo Bermula RM270

Tentang Harga Tayar Estima Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, harga tayar Estima di Malaysia bermula dari RM270. Untuk maklumat rujukan, Continental, Goodyear dan Toyo boleh membekal tayar dengan harga yang berpatutan. Manakala Bridgestone dan Michelin pula boleh membekal tayar yang mempunyai lebih benyak kelebihan. Tetapi kos tayar Bridgestone dan Michelin akan lebih tinggi.

Toyota Estima boleh mengguna tayar yang diperbuat oleh pelbagai kilang tayar. Oleh itu, pemilik Estima boleh menghubungi kedai tayar untuk mendapat harga tayar Estima dan maklumat lanjut. Dengan ini, pemilik Toyota Estima boleh mencari dan memilih tayar mengikut bujet dan keperluan.

Pilihan Tayar Untuk Toyota Estima

Toyota Estima merupakan MPV yang popular di Malaysia. Disebabkan Toyota telah membuat beberapa model Estima, setiap model mempunyai rim yang tidak sama. Secara ringkasnya, Estima biasanya mempunyai rim 16”, 17” atau 18”. Oleh itu, Estima boleh memilih tayar 16”, 17” dan 18” yang mempunyai kelebaran dan tetebalan yang sesuai.

Banyak kilang tayar teleh membuat tayar yang sesuai digunakan oleh Toyota Estima. Oleh itu, Toyota Estima mempunyai pelbagai pilihan tayar. Sebagai maklumat rujukan, kilang tayar di senarai bawah mempunyai tayar yang sesuai untuk Estima.

  • Toyo
  • Continental
  • Michelin
  • Goodyear
  • Bridgestone

Oleh itu, pemilik Estima boleh rujuk code tayar asal untuk memilih tayar yang sesuai. Tambahan lagim setiap jenis tayar mempunyai harga tayar Estima yang berbeza. Hal ini kerana setiap jenis tayar mempunyai saiz, kelebihan, meterial dan kegunaan yang berbeza. Selain itu, teknologi pembuatan tayar yang berbeza juga akan membuat harga tayar Estima menjadi berbeza.

Sebagai maklumat tambahan, setiap kilang tayar di Setapak dan Kuala Lumpur juga mungkin membekal tayar dengan harga tayar Estima yang berbeza. Oleh itu, pemilik Estima boleh bertanya beberapa kilang tayar apabila pilih tayar yang sesuai.

Kedai tayar kereta continental dan michelin di setapak

Kedai Tayar Di Setapak Kuala Lumpur

Kebanyak kedai tayar Setapak dan Kuala Lumpur boleh membekal tayar untuk Toyota Estima. Hal ini kerana kebanyakan Estima boleh mengguna tayar 16”,17” atau 18”. Sebagai maklumat rujukan, tayar 16”, 17” dan 18” merupakan saiz tayar yang biasa dibekal oleh kebanyak kedai tayar. Oleh itu, pemilik Estima boleh mendapat servis tukar tayar dengan senang di Setapak dan Kuala Lumpur.

Tambahan lagi, kedai tayar akan memberikan servis balancing kepada Toyota Estima. Selain balancing, kebanyakan kedai tayar boleh menyediakan servis alignment untuk Estima. Sebagai maklumat tambahan, balancing dan alignment merupakan proses yang berbeza. Oleh itu, pemilik Estima boleh merujuk dengan kedai tayar untuk memilih servis yang sesuai.

Continental, Michelin, Dan Toyo Tayar

Continental, Michelin dan Toyo merupakan kilang tayar yang biasa membuat dan membekal tayar kepada Estima. Secara ringkasnya, Toyo dan Continental boleh membekal tayar Estima yang berkualiti dan tahan lasak. Tambahan lagi, Toyo dan Continental mempunyai harga tayar Estima yang lebih serderhana dan berpatutan.

Michelin pula popular dengan tayar performance yang boleh meningkatkan keupayaan sistem handling. Selain itu, banyak peminat Michelin mengguna tayar Michelin disebabkan tayar Michelin mempunyai kelebihan yang lebih unik. Mungkin disebabkan hal demikian, harga tayar Michelin akan lebih tinggi kalau berbanding tayar jenama lain.

Tukar Tayar Estima

Apabila tayar asal Estima menjadi nipis, pemilik Estima akan menukar tayar Estima dengan tayar baru. Hal ini kerana tayar Estima yang menjadi nipis tidak selamat diguna di atas jalan raya.

Semasa memandu Estima dengan tayar yang nipis, Estima mempunyai risiko tinggi mengalami masalah tayar bocor. Tambahan lagi, tayar yang nipis mungkin akan pancit bila-bila masa. Disebabkan tayar pancit merupakan salah satu sebab kemalangan jalan raya, Estima perlu elak guna tayar nipis.

Selain itu, tayar yang nipis tidak mempunyai corak tayar yang berkeadaan baik. Dengan ini, Estima akan tergelincir dengan senang di atas jalan yang basah apabila tayar menjadi nipis. Oleh itu, Estima yang mempunyai tayar nipis memerlukan servis pertukaran tayar.

Harga tayar Estima di kedai tayar

Senarai Harga Tayar Estima

Continental

  • 205/65R16 UC6: RM290-310
  • 215/55R17 UC6: RM360-390

Michelin

  • 205/60R16 P4: RM360-RM375
  • 215/50R17 P4: RM480-RM490

Kalau berharap mendapat maklumat tayar dan hagar tayar Estima dari jenama lain, sila menghubungi kedai tayar. Terima kasih.

Rujukan Tayar Kod Untuk Toyota Estima

Kedai kereta akan menyediakan senarai harga tayar untuk Toyota Estima dengan menggunakan kod tayar sebagai rujukan. Dengan ini, pemilik Estima boleh pilih tayar dan kira kos anggaran dengan merujuk harga dan tayar kod di senarai pilihan tayar.

Sebagai maklumat rujukan, model Estima yang tidak sama akan mempunyai rim stok yang berbeza. Disebabkan itu, rim yang berbeza saiz akan dipadankan dengan tayar yang berbeza kod. Oleh itu, kedai tayar akan sediakan senarai harga tayar yang sesuai untuk Estima berdasarkan kod tayar.

Contohnya tayar yang mempunyai kod 215/55R17, kelebaran tayar itu ialah 215mm. Manakala ratio ketebalan tayar adalah 55. Tambahan lagi, diameter tayar kereta adalah 17inch. Sebagai maklumat rujukan, senarai di bawah adalah maklumat rujukan tentang kod tayar yang biasa diguna oleh Estima.

GEN 3 Facelift (2012 – 2016, 2016 – 2019)

  • 215/65R16
  • 215/55R17
  • 225/50R18

GEN 3 / GEN 3 Facelift

  • 205/65R16
  • 215/55R17
  • 225/50R18

Cara Mendapat Maklumat Tentang Tayar Kod

Apabila merancang untuk tukar tayar, pemilik Estima dan kedai tayar akan pilih tayar yang sesuai dengan merujuk kod tayar. Sebagai maklumat rujukan, kod tayar boleh didapati dengan cara-cara seperti:

  • Merujuk kod tayar di dinding tayar asal
  • Mendapat kod tayar rujukan di buku panduan Estima
  • Rujuk senarai tayar kod di risalah / nota panduan rim aftermarket

Selain itu, kedai tayar yang pakar dan mahir berikan servis tukar tayar untuk MPV seperti Estima akan mempunyai rujukan tentang kod tayar. Oleh itu, pomen di bengkel tayar kereta akan cadangkan kod tayar dan pilihan tayar yang sesuai untuk pemilik Estima. Tambahan lagi, bengkel tayar yang profesional akan menyediakan senarai harga tayar yang sesuai untuk Estima.

Di samping itu, sesetengah pemilik Estima telah naik taraf Estima mereka dengan rim aftermarket yang baru. Apabila pemilik Estima tidak pasti kod tayar, kedai tayar yang mahir padankan tayar dengan rim MPV akan sediakan servis bantuan. Dengan ini, pemilik Toyota Estima boleh menghubungi kedai tayar untuk mendapatkan maklumat rujukan. Kadang-kala, kedai tayar akan buat video call dengan pemilik Estima untuk membaca maklumat di dinding tayar asal. Hal ini kerana tayar asal akan mempunyai maklumat tentang kod tayar yang sedang digunakan.

Servis Alignment Untuk Toyota Estima

Alignment adalah salah satu perkidmatan yang diberikan untuk menyelesaikan masalah handling Estima seperti:

  • Stereng Estima sentiasa bergetar
  • Tayar mempunyai corak geseran yang tidak rata
  • Masalah understeer atau oversteer yang serius
  • Roda Estima sentiasa bias ke satu belah
  • Handling Estima menjadi terlalu berat ataupun ringan

Jika sistem handling Estima mempunyai simptom-simptom seperti atas, alignment roda atau axle mungkin sudah lari. Oleh itu, pemilik Estima akan hantar Estima mereka untuk servis alignment. Semasa alignment dijalankan, pakar alignment akan menyelaraskan sudut chamber, toe, dan caster dengan merujuk data di mesin alignment. Biasanya, harga pakej tukar 4 unit tayar Estima akan merangkumi servis alignment secara percuma.

Perkidmatan Balancing Roda Untuk Estima

Semasa mekanik sedang menukar tayar Estima, mekanik akan membuat balancing. Apabila roda yang mempunyai berat atau jisim yang tidak seimbang, roda Estima akan bergetar semasa berpusing. Hal ini kerana pusingan roda akan mempunyai daya emparan. Jika jisim roda tidak seimbang, daya emparan akan tidak stabil dan akan menyebabkan masalah getaran. Disebabkan hal demikian, mekanik akan buat balancing semasa proses tukar tayar Estima dijalankan. Sebagai maklumat rujukan, kos balancing biasanya akan dirangkumi sekali dengan harga tayar yang sesuai digunakan oleh Toyota Estima.

Harga Tayar Estima dan Kos Alignment / Balancing

Kebanyakan pakej tukar 1 set 4 unit tayar Estima akan mempunyai harga yang menarik dan ditambah dengan servis alignment yang percuma. Oleh itu, sistem handling Toyota Estima akan dibaikpulih untuk menjadi lebih stabil dan cekap.

Di samping itu, harga atau kos menukar tayar Estima tidak tayar biasa atau premium akan termasuk perkidmatan balancing. Oleh itu, pemilik Estima tidak perlu bayar harga tambahan untuk servis balancing di kedat tayar.

Tukar Tayar Estima Dengan Tayar Michelin PS3 dan PS4

Bengkel tayar kereta yang mahir dengan sistem handling MPV juga akan memperkenalkan tayar Michelin PS3. Disebabkan itu, senarai harga tayar untuk MPV seperti Estima akan mempunyai beberapa pilihan tayar Michelin PS3 dan PS4.

Sebagai maklumat rujukan, tayar Michelin PS3 telah menjadi tayar yang disukai oleh pemilik Estima yang mementingkan prestasi. Hal ini kerana tayar Michelin PS3 dan PS4 mempunyai grip yang sangat kuat. Oleh itu, grip sistem handling Toyota Estima akan dipertingkatkan. Dengan ini, pemandu akan raya lebih beryakin semasa memandu Toyota Estima.

tayar Michelin PS3

Tayar Continental UC6 Di Senarai Harga Tayar Estima

Bengkel tayar kereta yang pakar menjalankan perkidmatan tukar tayar untuk MPV akan cadangkan tayar Continental UC6. Oleh itu, senarai harga tayar Estima biasanya akan mempunyai pilihan tayar Continental UC6.

Hal ini kerana tayar Continental UC6 mempunyai pilihan saiz yang sesuai dipadan dengan rim Toyota Estima. Di samping itu, tayar Continental UC6 mempunyai Diamond Blend compound. Dengan ini, grip tayar UC6 di permukaan basah dan kering adalah sangat baik. Tambahan lagi, Diamond Blend compound akan membuat tayar UC6 lebih tahan lasak dan jangka hayat dipanjangkan.

Selain itu, Tayar Continental UC mempunyai tread Aqua Channel. Disebabkan itu, tayar UC6 boleh mencengkam permukaan basah dengan kuat dan mengurangkan risiko Estima tergelincir. Tambahan lagi, tayar UC6 mempunyai corak tread Diamond Edge di bahagian tepi tayar. Oleh itu, sistem handling Estima semasa masuk ke bahagian selekoh akan menjadi lebih stabil. Di samping itu, tread Diamond Edge tayar UC6 akan membantu memendekkan jarak braking. Disebabkan hal demikian, tayar Continental UC6 adalah pilihan popular di senarai harga tayar Estima.

tayar kereta Continental UC6

Toyota Estima Dan Tayar Toyo Proxes

Tayar Toyo merupakan salah satu pilihan tayar di senarai harga tayar yang sesuai dipasang dengan rim Toyota Estima. Hal ini kerana tayar Proxes mempunyai model Proxes SUV yang lebih sesuai diguna oleh kenderaan yang lebih besar dan berat.

Sebagai maklumat rujukan, 4 garis tread yang lebar untuk menambahkan grip tayar di permukaan basah. Tambahan lagi, tread tayar Proxes ada corak Triple Taper Rib dan Multi-wave Sips. Dengan ini, tayar Toyo Proxes akan menjadi lebih tegar semasa berada di permukaan yang kasar. Disebabkan itu, tayar Proxes boleh mengurangkan masalah geseran yang tidak rata.

Di samping itu, tayar Toyo Proxes digemari oleh pemilik Estima disebabkan harga tayar Toyo adalah lebih berpatutan. Disebabkan itu, kos tukar tayar MPV dengan tayar Toyo Proxes adalah lebih rendah. Tambahan lagi, tayar Toyo Proxes mempunyai dinding dan lapis compound tayar yang boleh kurangkan DB bunyi bising. Dengan ini, ruang dalam Toyota Estima akan menjadi lebih senyap dan selesa.

Harga Tayar Untuk Tayar Toyo Proxes CR1

Tayar Falken Azenis Untuk Estima

Toyota Estima adalah sesuai mengguna tayar Falken Azenis. Oleh itu, tayar Falken Azenis telah disenaraikan di dalam senarai harga tayar Toyota Estima. Semasa memilih tayar MPV, pemilik Estima pilih tayar Falken Azenis disebabkan kualiti dan kelebihan Falken Azenis.

Sebagai maklumat rujukan, tayar Falken Azenis adalah tayar yang berkualiti dan tahan lasak. Disebabkan teknologi tension control, dinding tayar Azenis adalah kuat dan mempunyai ketahan impak yang baik. Tambahan lagi, tayar Falekn Azenis mempunyai blok tread yang lebar di bahagian tepi tayar. Oleh itu, lateral grip tayar akan menjadi lebih baik semasa Estima masuk selekoh. Selain itu, tayar Falken Azenis mempunyai garis tread yang lebar untuk mengurangkan risiko kereta tergelincir di permukaan basah. Disebabkan itu, pemilik Estima telah memilih tayar Falken Azenis untuk Estima mereka.

Mendapat Senarai Harga Tayar Toyota Estima Sebagai Rujukan

Senarai harga tayar Toyota Estima adalah maklumat rujukan yang penting untuk pemilik Estima. Semasa buat perancangan, pemilik Estima memerlukan senarai harga tayar untuk memahami pilihan tayar yang sesuai untuk rim Estima. Pada masa yang sama, pemilik Estima akan menggunakan senarai harga tayar untuk kira anggaran kos. Disebabkan hal demikian, pemilik Estima akan mendapatkan senarai pilihan tayar daripada kedai tayar. Di samping itu, senarai harga tayar merupakan maklumat yang penting untuk pemilik Estima buat pembandingan.

Proses Tukar Tayar Estima

Sebelum proses tukar tayar dijalankan, pemilik Estima akan diberikan senarai pilihan tayar dan harga rujukan. Selepas itu, kedai tayar dan pemilik Estima akan memilih tayar mengikut keperluan, bujet dan jenama kesukaan pemilik Estima. Selepas itu, bengkel tayar kereta akan sediakan sebut harga untuk pemilik Estima berdasar tayar yang dipilih. Jika pemilik Estima bersetuju dengan kos dan perkidmatan yang dicadangkan, bengkel tayar kereta akan mulakan proses tukar Estima.

Mula-mulanya, mekanik akan memeriksa bahagian axle, suspension dan roda Estima. Kemudiannya, mekanik akan melonggarkan nut dan mengambil roda keluar. Selepas itu, mesin akan mengasingkan tayar lama dan rim.

Apabila tayar lama sudah diambil keluar, mekanik akan menggunakan mesin untuk pasangkan tayar baru. Kemudian, mekanik yang pakar balancing akan menggunakan mesin untuk buat balancing roda. Dengan ini, masalah stereng dan roda Estima bergetar dengan serius boleh dielakkan.

Di samping itu, mekanik yang mahir buat alignment akan jalankan proses alignment jika diperlukan. Kemudiannya, bengkel tayar akan memeriksa semua bahagian roda Estima. Selepas itu, pemilik Estima boleh memeriksa keadaan tayar baru dan pandu balik dari bengkel tayar jika rasa puas hati.

Simptom Apabila Tayar Estima Sudah Bermasalah

Tayar yang bermasalah atau nipis akan menyebabkan simptom-simptom dan masalah seperti di bawah.

  • Estima senang tergelincir di permukaan basah atau pasir
  • Sistem handling Estima menjadi tidak cekap
  • Tayar akan menjana bunyi bising yang mempunyai D tinggi
  • Jarak braking akan bertambah disebabkan grip tayar berkurang

Tambahan lagi, risiko tayar pancit akan bertambah jika tayar sudah menjadi nipis atau bermasalah. Oleh itu, pemilik Toyota Estima akan mendapat senarai harga tayar dan rancang untuk tukar tayar MPV mereka. Dengan ini, Estima akan menjadi lebih selamat, stabil dan selesa semasa berada di atas jalan raya.

Leave A Comment